Thursday, 23 July 2015

Resepi Mee Kari Simple Sedap

Bahan-Bahannya :-

- Mee Kuning
- 10 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 paket rempah kari ikan*
- 1 mangkuk kecil minyak
- Udang/Kerang/Sotong
- Ayam (air rebusan stok)
- 1 kotak santan
- Sawi
- Fishball/fishcake
- Telor rebus
- Hirisan Lada Besar Merah/Hijau
- Tauhu Goreng
(* Blander)

Cara Membuatnya :-
  1. Tumis bahan yang diblander.
  2. Masukkan ayam yang direbus tadi, udang/sotong/kerang
  3. Masukkan santan+Air+stok ayam+garam+gula+fishball/fishcake
  4. Hias dengan telur rebus+sawi direbus+Hirisan lada besar+Tauhu Goreng

Resepi Kuew Tiow Goreng Sedap


Bahan-bahan:
600 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan hirisan daging ayam
2 keping fish cake - hiris nipis
4 batang sosej - potong bulat
1 cawan taugeh
1 cawan daun bawang yang dipotong sepanjang 3cm
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan daging ayam dan tumis hingga masak.
3. Seterusnya masukkan fish cake dan sosej. Gaul sebati.
4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, cili sos dan kicap manis.
5. Masukkan kuey teow bersama taugeh.
6. Tambahkan perasa dengan menaburkan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang.
7. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.


 

 

Resepi Sotong/Udang Telur Masin



Bahan A

500 gm Sotong/Udang
1 cawan tepung jagung
1 sudu the serbuk lada hitam

Bahan B
3 sudu makan mentega

3 ulas bawang putih
Daun kari

7 tangkai cili padi
Gula

1 kiub ayam
2 biji telor masin

5 sudu susu cair (ganti gula)

Cara – Caranya :-
1.         Bersihkan sotong
2.         Campur Lada Hitam dan tepung Jagung
3.         Goreng dengan minyak panas (Jangan Lama sangat) - Letak satu2.
4.         Cairkan mentega – masukkan bwng putih + telur masin
5.         Jika sudah berbuih masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi
6.         Letak air jika nak berkuah.
7.         Masukkan sotong
8.         (xyah letak garam)

Resepi Homemade Mushroom Soup ala Pizza Hut

BAHAN-BAHAN :-)
 

1 tin cendawan butang
Air (ikut nak banyak mana)
 1 tin susu cair
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
 1 1/2 camca besar tepung gandum
 Serbuk lada hitam
Secubit garam
Secubit gula
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan 

 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. 5 kuntum cendawan hiris halus dan baki dihiris kasar.
  2. Panaskan minyak, masukkan cendawan yang dihiris kasar, bawang putih dan bawang besar.
  3. Tutup api.
  4. Ambil blander, masukkan susu cair dan bahan yang ditumis tadi. (letak time panas pun tak apa)
  5. Kemudian ambil kuali, pasangkan api,  letak semua bahan yang diblander tadi.
  6. Masukkan air ikut kita suka, masukkan bancuhan tepung gandum (tambah bancuhan jika tak pekat)
  7. Masukkan kiub ayam + garam + sedikit gula + serbuk lada hitam + hirisan cendawan halus tadi.
 

Resepi Spaghetti Oleo Ringkas & Sedap

Bahan-Bahan :
~ spaghetti
~ seafood ( udang/ sotong/kupang )
~ bawang putih 5-6 ulas di cincang2 halus
~ bawang besar holland di dadu (Kalau xde guna bawang besar biasa pun boleh)
~ 1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
~ sedikit serbuk cili / cajun / cili kering yg di gunting menyerong (kalau xletak pun xpe)
~ garam secukup rasa

Cara-caranya :

~ Rebus Spaghetti dan toskan
~ Panaskan 2 sudu besar butter/ minyak olive oil/ minyak jagung/ minyak biasa pun boleh..
~ Tumis bawang putih dgn bawang besar td sampai layu
~ Kemudian masukkan bhn2 seafood
~ Masukkan spaghetti.. serbuk lada hitam.. cili kering / cili flakes.. garam

Resepi Sos Lada Hitam

Bahan2nya :

~ 2 sudu besar butter/marjerin
~ 2 sudu besar tepung gandum (utk memekatkan kuah)
~ 2 cawan fresh milk/ susu cair ( 400 ml )
~ 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
~ 3 @ 4 sudu besar sos botol blackpepper
~ 2 sudu besar kicap ( utk kaler sos lebih gelap)
~ cendawan butang dlm tin (ambik cendawan shj & hiris)
~ seketul kiub pati ayam knorr (aku tak bubuh garam)


Cara2nya :-

1. Masukkan 2 sudu butter/marjerin, bila dah cair masukkan tepung gandum tadi.. kacau rata guna whisker/garfu..

2. Bila dah berbuih2 , masukkan susu, masukkan pulak serbuk blackpepper, masukkan cendawan butang yg dah di hiris

3. Masukkan kiub pati ayam knorr seketul, masukkan kicap dan sos botol blackpepper.. kacau sebati semuanya.. kalau suka pekat biarkan sos tu masak lama sikit sampai pekat..

Resepi Puding Caramel

 
Bahan-Bahannya :-
 ~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


 Cara Membuatnya :-

1. Masukkan gula dan air dalam Loyang.masak atas api yg kecik. Kacau guna sudu bagi rata. Tutup api jika sudah perang. Angkat letak tepi.
 
2. Ambil bekas, masukkan telor dan gula halus, kacau guna whisk@garfu jek. Jangan pukul sampai berbuih nanti texture tak cantik, pukul lembut2.
 
3. Ambil periuk, masukkan susu + esssen vanilla. Masak api sederhana. Masak suam2 jangan sampai mendidih.
 
4. Tuangkan adunan susu tu ke dalam bekas telor tadi. Tuang sikit2 sambil kacau lembut.
 
5. Last, tuang dalam Loyang ada caramel tadi.
 
6. Tutup Loyang guna aluminium foil untuk Nampak cantik (Tak tutup pun tak apa).


7. Kukus selama 30 minit, api sederhana. Jika lembik tambah lagi masak untuk kukus.

*Tips
1. Setiap pukulan manja-manja jek tak payah beriye sebab tak nak ada buih tak cantik biar licin jek tak ada buih.





 

Wednesday, 22 July 2015

Resepi Mee Goreng Sedap

Bahan-Bahan :-
- Cili Kering
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Ayam + Udang
-  Tauhu
- Taugeh
- Sawi
- Mee
- Sos cili + tomato
- 1 sudu Rempah Kari
- Telor
- Kicap pekat
- Kicap Cair
- Timun

Cara - Cara :-

1. Blander lada kering + Bawang Besar + Bawang putih + rempah kari
2. 1 Tauhu goreng dan potong dan 1 lagi tauhu dihancurkan.
3. Ayam direbus.
4. Tumis bahan yang dikisar, letakkan garam + gula
5. Masukkan ayam + sos cili + sos tomato + kicap pekat + kicap cair + tauhu yang hancur
6. Masukkan stok ayam
7. Masukkan mee + pecahkan telor + taugeh + sawi + tauhu yang digoreng
8. Kalau nak sedap makan bersama sos + timun + perahan limau

Resepi Puding Jagung Nde Mai

Bahan-Bahan :
- 5 Biji Telor
- 1 cawan gula
- 1 tin susu cair
- Esen Vanila
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 tin jagung

Cara-caranya :
1. Blander gula dan telor
2. Masukkan susu, esen vanila, tepung kastard dan bahan yang diblander tadi.
3. Blander jagung dan masukkan kesemuanya dan kacau
4. Kukus 25-30 minit

Resepi Mee Hailam Mak

Bahan-Bahannya :-

Mee kuning
Ayam
Bwg pth 1*
Bwg merah 5*
Sos tiram
Kicap manis
Kicap pekat
Fish ball
Carrot
Sawi
Lada banggala
Kobis bunga
Garam
Gula
Lada pth
Tepung jagung
Telor

(* Diblander)

 Cara-cara:-
1. Ayam rebus, stok gune untuk kuah
2. Tumis bwg yang diblander.

3. masukkn sos tiram dan ayam
4. Masukkan stok, kicap,lada putih,garam dan gula
5. Masukkan telo,sayur, bancuhan tepung jagung

Resepi Ketam Masak Berempah Kuala Perlis

Bahan-Bahan :-

1. Lada Kering
2. 2 biji bawang besar
3. 1 ulas bawang kecil
4. 1/2 inch halia

(Bahan-bahan di atas di blander)

5. Rempah Kari Ayam (1/2 paket @ 1 paket)
6. 1 kiub pati ayam
7. Stok ketam
8. Garam, gula, ajinomoto
9. Air asam jawa

Cara-cara membuat :-
1. Blander bahan item 1-4, kemudian tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan rempah tersebut, tabur sahaja, jangan bancuh dengan air.
3. Letakkan air asam jawa + kiub ayam + garam + gula + stok ketam (direbus sekejap)
4. Masak sehingga pekat

Resepi Puding Triffle

Bahan-Bahan :-
 
Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly (Saya guna cap Nona)
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit


 
Cara membuatnya:
 
Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (saya tak de pyrex so saya guna tupperware je, kalau ada bekas kaca.. lagi cantik nampak lapisan satu persatukan). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
 
Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Sentiasa kacau. Kacau lebih kurang 20minit. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
 
Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
 
Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

 

Resepi Salmon Celup Tepung

Bahan-Bahan :-
- Ikan Salmon (basuh dengan air asam jawa untuk hilang hanyir)
- Telor 1 biji
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Tepung Jagung
- Tepung Gandum


Cara Membuatnya :-


 - Ikan Buang tulang, potong nipis-nipis.
- Gaul ikan dengan garam dan serbuk lada hitam
- Pukul telor kemudian letak ikan di dalam telor.
- salut ikan tadi dengan tepung.

Resepi Salmon Grill & Sos Putih


Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit. 
 
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam


Cara-cara
  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.


Resepi Soto Mak Intan

Bahan-Bahannya :-
 
Serai 2 btg
Halia
Bwg besar 1
Bwg pth 2
Kulit g
kulit kayu manis+b.lawan
Rempah soto 4 sudu besar m'bukit
Ayam 1/2 ekor

Cara-caranya :-


 Tumis kulit kayu manis
Masukkn bwg+halia yg telah diblander
Masukkn ayam
Masukkan air
Garam dan 2 sudu gula


Ayam yg telah direbus,digoreng.
Hiasn lain:-su hun,kacang,sambl kicap,bergedil,taugeh

Resepi Cheese Cake Aiskrim

Bahan-bahan:-

 1. 250gm cream cheese philaphedia rm12
2. 1/2 cwn gula halus
3. 200gm whippng cream rm7
4. 1 kotak kcl full cream
5. 1sudu asen vanila
6. 2 sudu kecil gelatin (bancuh dgn suku cwn air panas)
7. 2 bungkus biskut oreo
8. 1/2 cwn butter (cair dan sejukkan)

Cara membuat:-


 1. 1 1/2 bungkus biskut dibuang cream, masuk dlm plastik dan hancur guna lesung.
2. Gaul biskut hancur tadi dgn butter yg cair. Masuk dlm bekas dan tekan, letak dlm peti sejuk 15minit, nk cpt letak dlm tempat beku.
3. Pukul gula dan cheese sampai kembang.
4. Masukkan cream dan pukul kembang.
5. Susu dan pukul kembang.
6. Esen vanila dan gelatin yg da cair.
7. Aku pakai blander so kena bahagi dua br bleh kembang, pukul lbh kurang total 20minit.
8. Masuk satu2 dan pukul kembang.
9. Masuk dlm bekas ada biskut tadi dan susun biskut yg lbh tadi.
10. Letak dlm tempat beku.
11. Tambahan, oreo blander halus dan campur dgn bahan2 yg di pukul tadi.

Total barang rm30 untuk -2 bekas mangkuk 4 segi tepat.
Sedap macam rasa ais krim, anak pun suka.

Resepi Puding Kastard Lembut & Berkuah

Bahan-Bahan :-
1. 1 cawan tepung kastard Bird
2. 4 1/2 cawan air
3. 1 cawan susu pekat
4. 1 sudu gula

Cara-cara :-
1. Letak tepung dan air dalam periuk, gaul rata kemudian baru bukak api.
2. dah mengelegak letak susu and gula.
3. Sentiasa kacau, api slow, lebih kurang 10-15 minit, agak2 xlekat di jari tutup api.


Kuah:-
1. Air Gula
2. Campuran Buah-buahan
3. Susu Cair

Tuesday, 21 July 2015

Resepi Cornflake Madu

Bahan-Bahannya :-

  • 90g gula kastor
  • 110g butter
  • 6 sudu besar madu atau golden syrup
  • papercups

  • 120g cornflakes
  • Ceri

Cara Membuatnya :-

1. Masak atas api sehingga butter, gula dan madu bercampur sebati. Sekejap sahaja.
2. Kemudian masukkan cornflakes dalam periuk yang panas tu.
3. Gaul hingga rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam papercups.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 350 F @ 170C selama 11 hingga 12 minit. Saya bakar 5 minit jek.

 

Dadih Resepi Arwah Mak Mertua

Bahan-Bahannya :-

3 liter Air
300 gram @ 1 bekas tauhu bulat - gula kasar
10gram @ 1 bungkus - serbuk agar2 (saya beli brand swallow di Pasaraya ada jual)
30 gram @ 3 sudu besar - tepung jagung
1 tin susu cair
650 gram @ 1 bungkus -  coffeemate
Perasa Strawberry atau apa2 (Biasa saya beli brand lion)
sedikit garam halus

Cara Membuatnya :-

1. Panaskan air.
2. Jika mendidih masukkan agar-agar kacau hingga larut. (Masukkan agar-agar semasa air menggelegak.
3. Masukkan gula.
4. Bancuh tepung jagung (tak yah pekat biasa2 jek) dengan air dan masukkan.
(Pastikan buka api besar menggelegak. Jangan panic jika tak hancur, last kita tapis aje sebelum masuk bekas)
5. Masukkan susu + coffee mate + perasa + garam.
6. Tapis dan masukkan dalam bekas.

*Tips:-
1. Jika bancuhan tepung jagung pekat so akan jadi pekat, jika cair akan cair dadeh tu so sedang-sedang aje. Kalau pekat pun boleh jek makan.
2. Letak bancuhan tu di dalam air yang sedang menggelegak ye.
3. Last sebelum masuk bekas tapis dulu takot ada serdak-serdak.

Resepi Kek Batik Jawa Mudah

Bahan-Bahannya :-

1 Bungkus Biskut Batik (Patah 2)
1 Buttercup (250 gram)
1 cawan susu pekat (Tambah jika kurang manis)
1 1/2 mangkuk tauhu bulat MILO (jangan kurang)

Cara Membuatnya :-
1. Panaskan Butter
2. Masukkan Susu + Milo
3. Tutup Api
4. Masukkan biskut tadi. Gaul rata.
5. Masukkan dalam bekas tekan2 guna senduk.
6. Biar kan dalam sejam potong baru masuk dalam peti ais.

*Tips
1. Tutup api baru letak biskut elak biskut lemau.
2. Milo biar lebih jika kurang takot tak salut biskut.
3. Butter kena keluar dahulu suhu bilik baru masakkan.
4. Potong baru letak dalam peti nanti susah potong.

Resepi Biskut Coklat Chip @ Famous Amos

Adunanan ni terlalu banyak, yang pertama kali cuba, perlu buat separuh dulu.

Bahan-Bahannya :-

2 cawan Butter
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang (Jika Kasar dikisar halus dahulu)
4 biji telur
2 sudu kecil. essen vanilla
4 cawan tepung gandum (Diayak)
2 sudu kecil. baking powder (Diayak)
2 sudu kecil. soda bikarbonat (Diayak)
5 cawan Oatmeal (Kedai Kek pun ada) - Perlu dikisar halus
1 sudu kecil. garam halus
3 cup choclate chip
2 cup -Cadbury bar @ coklat bar Parut @ Potong Halus - saya pakai brand dekat kedai bakery jek
3 cawan kacang dicincang (Saya letak badam kecil2-kedai bakery)

Cara membuatnya :-

1. Panaskan Oven suhu 190 darjah.
2. Putar Butter dan gula Perang + Halus (Guna Mixer)
3. Tambah telur dan essen vanila
4. Masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat + oat + garam +  kacang + choclat parut
5. Last letak coklat chip gaul sikit2 takot hancur.
6. Buat bulat-bulat besar 20 sen. Nipis sikit. Letak atas baking paper. Susun jauh nanti mengembang.
7. Bakar selama 10 minit suhu 190 darjah (Jika lembik masukkan semula bakar 2-3 minit), Api atas bawah. Saya letak tray bawah.

*Tips-
1. Coklat Bar keluar awal dari peti ais senang nak parut. Saya potong pakai pisau aje.
2. Coklat Chip jangan keluar awal sebab nanti lembik so texture choclat chip xde.
3. Lepas letak choc chip gaul biase jangan lama nanti hancur.
4. Adunan lepas bulat2 nipiskan sikit jika tebal takot lambat masak.

Resepi Fudge Brownies

Bahan-Bahannya :-

120 gm unsalted butter - (8 sudu besar) – Butter Anchor
130 gm all purpose flour - (1 cawan) @ tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)*
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - Jika Kasar perlu dikisar halus dahulu
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

(* Perlu diayak)

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips (Jika perlu)

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C.
 
2. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
 
3. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan. Bila letak telur baru lah gula akan hancur, so jangan panic.

4. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka.

6. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit.


Topping (Jika perlu)

300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil @ milo
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter @ minyak
1/4 cawan air panas


1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.

3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.

7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.

 

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahannya :-



4 biji telur (gred A)
1 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
11/4 cwn tpg gndum*
1 cwn serbuk koko*
1sd kecil soda bikarbonat*
1sd kecil baking powder*
*bahan-bahan tersebut perlu diayak terlebih dahulu


Cara Membuatnya :-

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat, minyak n susu cair.
3. Dah sebati masukkn bahan-bahan yg dh diayak tadi ye.
4. Kukus selama 1 jam. Penutup ditutup dengan kain. Saya tak tutup pun.

 
Topping :
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar minyak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat 

Cara-caranya:- masakkan semua. Tutup api baru letak minyak. Curah time topping panas-panas ke atas kek, tetapi kek tu kena suam-suam, jangan kek tu panas. Curah 2, 3 kali

 

Resepi Butter Cake

Bahan-Bahannya :-
 
(A)
250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum *
1 sk baking powder *

(* Perlu diayak)

(B)
5 biji telur
1/2 sk esen vanila

Cara Membuatnya :-
 
1. Panaskan Oven suhu 160 darjah.
2.  Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.
3. Masukkan satu persatu telur dan esen. Putar sebati.
4. Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper.
5 Bakar dalam 45-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak . Saya Bakar 45 minit.


*Tips - Jika Menggunakan Oven Perlu Panaskan Oven Dahulu, biasa saya panaskan 10-15 minit.






 

 

Resepi Biskut Dahlia


Bahan-Bahanya :-
250g buttercup/anchor (1 bata) - Saya guna buttercup
 1/4 cwn gula kastor/halus
 1/2 cwn susu pekat manis
 400g tepung jagung
 1/4 cwn tepung castard
 1 sudu teh esen vanilla
 Sedikit pewarna kesukaan - * saya tak letak
Manik untuk hiasa (depends apa-apa pun boleh)

Cara Membuatnya :-
1. Panaskan oven dahulu.

2. Masukkn buttercup dan gula ke dalam mangkuk . (Sebati tak payah kembang)

3. Masukkn susu dan esen vanilla.
4. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard. Masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh. 
5. Masukkan kedalam acuan biskut dahlia. Letakkan di atas baking paper supaya tak melekat. Baking paper boleh guna banyak kali.
6. Sentiasa tutup dough dengan kain lembap.
7. Bakar suhu 160°c selama 10 - 15 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api atas dan bawah. Saya bakar 10 minit sahaja biar rasa melt tak perlu lama-lama.
 
* Tips - Biasanya saya akan guna cup yang jual di kedai kek @ DIY bukan guna cup yang kat rumah tu ye. seperti dibawah. Gambar acuan pun seperti di bawah